Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sayid Hasan Nasrullah dalam sambutan ulangtahun pembebasan Selatan Lubnan dari cengkaman Israel sejak 25 Mei 2000 berkata, "Kejayaan Lubnan pada tahun 2000 merupakan kemenangan yang penting dalam kebudayaan, sejarah dan masa depan kita. Kita terpaksa merayakan kemenangan ini. Hizbullah tidak pernah menamakan kemenangan ini daripada pihak kita, bahkan ia adalah kehendak nasional dan kita meminta seluruh Lubnan merayakan Eid al-Moqawama."
Sambil menjelaskan bahawa Israel adalah musuh tetap umat Islam, beliau berkata"Kita perlu memperingatinya dan memberi amaran bahawa Israel adalah musuh sebenar. Musuh ini mengaut sumber alam, bumi dan kesucian kita. Kita perlu memperingati kegiatan Israel di Palestin sejak rejim ini bermula sehingga hari ini. Israel ancaman terbesar yang hidup dalam serang hendap kita. Sebahagian pihak berusaha menukarkannya sebagai sekutu."
Mengenai militan IS, beliau berkata penghujung riwayat hidupnya sudah semakin dekat, oleh itu beliau meminta kerajaan Lubnan agar tidak merasa letih dengan situasi semasa dan bersabar dalam menghadapi masalah keamanan.
Di akhir ucapannya, Nasrullah menegaskan, "Kita juga akan meneruskan jalan dan akan meraih kemenangan demi kemenangan sehingga mencapai kemenangan sebenar. Bagi memusnahkan plan Takfiri dan Zionis di rantau ini, maka pihak Hizbullah tidak akan berundur.